Ming-Chin Kuo hari ini telah mengeluarkan laporan bahawa sambutan pra tempah bagi iPhone Xr untuk minggu pertama adalah baik berbanding iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bagi minggu sama tahun sebelumnya.
Walau bagaimanapun, Kuo melaporkan bahawa permintaan bagi iPhone Xr adalah rendah berbanding iPhone XS dan iPhone XS Max. Walau bagaimanapun, permintaan bagi iPhone Xr masih baik disebabkan pengguna lebih cenderung memilih iPhone Xr berbanding iPhone 8.
Secara peribadi saya melihat permintaan di Malaysia juga adalah lebih kurang sama walaupun terdapat beberapa syarikat telekomunikasi masih belum membuat pra tempah untuk iPhone Xr.
Bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max, sambutan di kalangan pengguna di Malaysia adalah baik walaupun tiada kekurangan stok yang kronik di beberapa buah pengedar berdaftar.
Sumber: macrumors