in , ,

Gartner: Pertumbuhan Jualan Bagi Telefon Pintar Apple Tidak Berubah, Samsung Turun Dan Huawei Meningkat Bagi Suku Ketiga Tahun 2018

Gartner hari ini telah mengeluarkan laporan bahawa jualan bagi suku ketiga tahun 2018 memperlihatkan Samsung turun 3.9% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

samsung-galaxy-s9-g960fd-dual-sim-4g-64gb-i8ezgu

Penurunan ini besar kemungkinan disebabkan kelemahan jualan bagi model flagship mereka Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9 Plus serta Samsung Galaxy Note 9.

Kelemahan terhadap permintaan bagi model ini besar kemungkinan disebabkan oleh rekaan yang sama seperti tahun lepas serta persaingan sengit dengan jenama telefon pintar di China.

Screenshot-20181204-094557

Apple yang sebelum ini berada di kedudukan kedua, terus kekal berada di tempat ketiga dengan momentum jualan yang sama seperti tahun sebelumnya.

Selain itu desas-desus bahawa jualan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr sedikit lemah memungkinkan jualan tidak berubah walaupun Apple memaklumkan bahawa iPhone Xr antara model terlaris sejak ia dilancarkan.

Lagi artikel di ifon.my  Perang Saraf Tesla Dan Apple Bermula

Huawei boleh dianggap antara jenama telefon pintar paling tinggi peningkatan iaitu sebanyak 3.9% didorong dengan penjual yang positif bagi model flagship serta pertengahan mereka.

Xiaomi juga dilihat berkembang positif untuk suku ketiga tahun 2018 dengan peningkatan 1.5% berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Penyelidik Gartner Anshual Gupta mengeluarkan kenyataan bahawa tanpa Huawei dan Xiaomi, pasaran bagi telefon pintar global akan susut sekitar 5.2%.

Led by low-price smartphones, enhanced camera features and high-quality resolution displays, top Chinese mobile phone manufacturers boosted their sales across emerging markets in the third quarter of 2018.

Smsung-foldable-phone-3-D-renders-2

Gartner menjangkakan pertumbuhan bagi jualan telefon pintar akan berkembang pada tahun 2020 apabila teknologi 5G serta telefon pintar boleh lipat berada di pasaran.

Lagi artikel di ifon.my  Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai

SEKADAR PANDANGAN

* Penulis ifon.my telah membuat sedikit tambahan pada laporan tersebut dengan memberi pandangan tentang kelemahan jualan Samsung serta iPhone tanpa merubah angka laporan yang dikeluarkan oleh Gartner.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Memulakan Program Trade In iPhone Dengan Harga iPhone Xr Serendah RM2,157.47

Tumblr Akan Membuang Semua Bahan Pornografi Setelah Aplikasi Mereka Telah Dinyah Senarai Dalam App Store