PH-1 atau dikenali sebagai Essential Phone merupakan telefon pintar Android yang direka oleh Andy Rubin dan dihasilkan, dibangunkan serta dipasarkan di bawah produk Essential.
Andy Rubin merupakan salah seorang pencipta Android sebelum ia dijual kepada Google pada harga $50 juta.
Essential Phone berada di pasaran pada Ogos 2017 dan dijual di beberapa buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Jepun, Sepanyol, United Kingdom dan Perancis.
Telefon Pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, storan 128GB dan hadir dengan skrin 5.71 inci.
Sepanjang Essential Phone berada di pasaran, pelbagai isu telah berlaku termasuklah kebocoran maklumat pelanggan, masalah pada skrin sesentuh dan lain-lain.
Setelah lebih setahun berada di pasaran, akhirnya telefon pintar ini telah ditamatkan pengeluaran.
Pihak Essential juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan menambah stok baharu bagi produk ini.
“We are sold out of Essential Phone on essential.com and won’t be adding any new inventory,”
Sebelum ini Essential dijangka akan mengeluarkan model kedua tahun ini. Namun ia telah dihentikan atas sebab yang tidak dinyatakan.
Sekiranya anda peminat Essential Phone, nampaknya produk ini hanya mampu bertahan dalam tempoh setahun sahaja disebabkan oleh persaingan sengit di kalangan pengeluar lain terutama di negara Tembok Besar.
SEKADAR PANDANGAN