in

70% Dari 3,065 Responden Cenderung Memilih Pelindung iPhone Tahan Lasak

iPhone boleh dikatakan antara produk yang sangat premium, jika dilihat dari segi harga pasaran, iPhone XS dan iPhone XS Max mempunyai tanda harga tinggi berbanding jenama lain seperti Samsung Galaxy dan Huawei.

Apabila menyebut soal telefon pintar, kita tidak lari dari melakukan kecuaian termasuklah menyebabkan skrin retak atau pecah. Kos penggantian skrin bagi sesebuah telefon pintar terutama iPhone bukan murah dan boleh mencecah RM2,000.00.

Screenshot-2019-03-07-at-10-28-31-PM
Ihsan Machine Malaysia

Berdasarkan kaji selidik yang dikendalikan oleh Motorola, sebanyak 50% pengguna telefon pintar di seluruh dunia telah mengalami skrin retak sekurang-kuranya sekali. Motorola juga turut menyatakan bahawa 23% pengguna tidak mempunyai masalah untuk menggunakan skrin retak walaupun ia membahayakan jari mereka.

IMG-CD525-AF29-FF1-1

Kesedaran terhadap penjagaan telefon pintar terutama iPhone harus diperkasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selaras dengan hasrat tersebut, satu undian telah dibuat di laman Twitter @xaviernaxa berkenaan pemilihan pelindung (case) iPhone.

Seramai 3,065 orang telah membuat undian di mana 70% atau sekitar 2,299 orang telah memilih pelindung tasak lasak atau berstatus military grade manakala 30% mengutamakan aspek kosmetik.

Lagi artikel di ifon.my  DXOMARK: Huawei Mate 20 Pro Berjaya Mengalah iPhone Xs Max Dan Google Pixel 3?

81-Uy6-U86h-HL-SL1500-1

Antara jenama yang hadir dengan pelindung tahan lasak termasuklah UAG, Spigen,Rhinoshield dan lain-lain. Military Grade ini kebiasaanya produk yang telah menjalankan beberapa ujian termasuklah ketahan terhadap hujan, kelembapan, pasir, habuk, kalis air, getaran dan kesan akibat jatuh. Walaupun istilah Military Grade dikatakan sekadar strategi pemasaran, namun anda boleh menilai sendiri sebaik memakai pelindung tersebut.

clear-0

Apple juga tida ketinggalan dalam menawarkan pelindung untuk semua model iPhone termasuklah iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Secara peribadi pelindung iPhone yang ditawarkan  mempunyai risiko yang lebih tinggi dari jenama lain seperti UAG dan Spigen walaupun terdapat ciri-ciri keselamatan pada kerangka.

Secara dasarnya Apple tidak meletakkan sebarang syarat untuk anda membeli pelindung iPhone, jika beberapa aksesori perlu mendapat pengesahan MFi, namun bagi kes ini ia dikecualikan.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?

apple-rear-housing-falling-off
Namun begitu, anda sebagai pengguna harus memilih pelindung iPhone yang terbaik memandangkan terdapat kesan sampingan sekiranya anda kurang cakna berkaitan hal ini. Isu kosmetik, iPhone meruap dan ganguan terhadap sambungan selular antara salah satu isu yang bakal berlaku sekiranya anda gagal memilih pelindung iPhone yang sesuai.

Oleh itu, sebelum anda membeli pelindung iPhone, sila cuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Kadang-kadang apabila kita memilih pelindung yang “terlalu selamat” akan memberi kesan sampingan terhadap iPhone anda.

Segera membuka pelindung sekiranya iPhone anda panas atau ketika bermain aplikasi seperti PUBG dan Fortnite. Sekiranya iPhone anda terdedah dengan hujan dan lembab, sila buka pelindung iPhone dan pastikan ia dalam keadaan kering baru memasang kembali.

Tuntasnya, jika dilihat secara kasar penggunaan pelindung iPhone bukanlah satu isu yang besar. Namun disebabkan hal remeh inilah maka iPhone anda berada dalam kemudaratan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone XS Dan iPhone XS Max Mengalami Penurunan Di China Akibat Tekanan Jualan Yang Lemah

iPhone 7 128GB (Black) Dijual Serendah RM1,999.00 Sahaja.