in ,

Rekaan iPhone X1 Dan iPhone X1 Max Dan Era Kepupusan 3D Touch

Seperti diketahui umum Apple kebiasaannya akan mengeluarkan dua jenis model bagi melengkapkan kitaran bagi satu-satu model.

Contohnya iPhone 3G dan iPhone 3GS di mana iPhone 3GS adalah pelengkap kepada model di bawah iPhone 3G. Secara kebiasaannya iPhone 3G akan memfokuskan rekaan baharu dan iPhone 3GS kepada spesifikasi (speed).

Melalui pendekatan inilah maka kita boleh membuat ramalan bahawa iPhone X1 dan iPhone X1 Max akan hadir dengan rekaan serba baharu.

Setakat ini belum dapat dipastikan bagaimanakah rekaan bagi kedua-dua iPhone ini. Namun semasa pelancaran iPad Pro sedikit sebanyak ia memberi sedikit petunjuk berhubung rekaan iPhone akan datang.

screen-shot-2018-10-30-at-104517-ampng

Apa yang menarik pada model iPad Pro adalah rekaannya seakan sama seperti iPhone 4 dan iPhone 5. Rekaan seperti ini hakikatnya mendapat pujian dari pengguna iPhone memandang ia lebih kemas dan nampak premium.

topic-iphone-4

Berdasarkan rekaan iPad Pro yang dikeluarkan Apple ini, adakah Apple akan mengimplementasikan pada iPhone X1 dan iPhone X1 Max?

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?

Jika benar adakah gambar yang dikongsi oleh Redmond Pie boleh diambil kira?

iphone-concept-02

Secara kebiasaannya iPhone X1 dan iPhone X1 Max bakal hadir dengan cip pemprosesan Apple A13 Bionic, 4GB RAM dan FaceID (Generasi Kedua).

Kedua-dua iPhone ini juga dijangka tidak akan menggunakan teknologi 3D Touch yang sebelum ini hadir pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Ini dibuktikan dengan laporan dari penganalisis Ming-Chin Kuo yang memaklumkan bahawa iPhone 2019 tidak lagi menggunakan 3D Touch memandang mereka akan menggunakan teknologi CGS (Cover Glass Sensor) pada skrin terbaharu.

Adakah anda yakin bahawa Apple akan menggunapakai rekaan iPad Pro untuk iPhone akan datang?

Secara peribadi saya kurang bersetuju memandangkan setakat ini tiada rujukan jelas Apple akan menggunakan rekaan iPad untuk iPhone akan datang.

Ini boleh dibuktikan dengan model iPad, iPad Air,iPad Mini dan iPad Pro yang langsung tidak meniru rekaan iPhone.

ipad-product-line

Walau bagaimanapun, saya mengakui bahawa Apple menggunapakai inovasi sedia ada untuk produk akan datang.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menurunkan Harga Jualan iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR Dan iPhone 8/Plus Di China

Contoh paling mudah inovasi Force Touch yang digunapakai pada Apple Watch yang mana Apple telah menggunakan teknologi ini pada iPhone 6S, begitu juga Face ID pada iPhone X yang kini digunapakai pada iPad Pro.

Namun saya yakin iPhone X1 dan iPhone X1 Max akan menggunakan rekaan sama seperti iPhone X dan iPhone Xs. Jika ada perubahan sekalipun ia hanya perubahan kecil seperti yang berlaku pada iPhone 6, iPhone 6S, iPhone 7 dan iPhone 8.

Apple sendiri pernah memaklumkan bahawa setiap rekaan yang mereka hasilkan akan bertahan untuk satu tempoh yang lama.

Ini menuntaskan bahawa Apple tidak lagi mengikut jejak seperti yang berlaku pada model iPhone (original), iPhone 3G, iPhone 4 dan iPhone 5.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah jangkaan peribadi saya sahaja. Jangan mengambil sebagai rujukan rasmi anda memandang ia hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

SEKARANG PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12.1.1 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini

Apple Mula Menjual iPhone 8 dan iPhone 8 Plus (Refurbish) Kepada Pengguna