in , ,

Sumpahan Microsoft – Keabsahan

Microsoft pada mulanya hanya tertawa dengan strategi Apple menjual iPhone pada harga yang tinggi selain papan kekunci maya yang tidak begitu mesra pengguna.  Itulah kata-kata Steve Ballmer sebelum menukar strategi dengan memperkenalkan Nokia Lumia yang diperkasakan dengan Windows Mobile. 

Microsoft bukanlah baru dalam industri  perisian peranti pintar kerana sebelum ini mereka pernah memperkenalkan Windows CE. Kini Microsoft menganggap Apple satu ancaman besar kepada mereka. Tidak keberatan jika saya katakan iPhone adalah pek permulaan sebelum pengguna berminat menggunakan macOS dan keseluruhan ekosistem Apple.

Produk Apple (MacRumors)

Microsoft mengambil tindakan drastik dengan membeli satu bahagian dalam Nokia maka terhasil Microsoft Lumia. Namun Microsoft telah ketinggalan dengan pesaing terdekat mereka terutama iOS dan Android. Apabila Satya Nadella mengambil alih Microsoft, beliau mula menghentikan pembangunan Windows 10 Mobile seterusnya melenyapkan pembangunan Microsoft Lumia. 

Kini Windows 10 Mobile dan Microsoft Lumia hanya tinggal kenangan walaupun masih mampu untuk menjadi pesaing terhebat. Kini Satya Nadella lebih memfokuskan produk Surface dan terkini mereka mula menawarkan Surface Duo yang dianggap pembuka kepada lembaran baru bagi menggantikan Microsoft Lumia. 

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft antara pencetus terciptanya iPhone
Satya Nadella (The Verge)

Microsoft merupakan syarikat gergasi dalam pembanggunan perisian. Namun terpaksa akur hingga menerima Android sebagai perisian utama pada Microsoft Surface Duo . Surface Duo merupakan telefon pintar boleh lipat dan dijual pada harga $1,399 hingga $1,499. 

Namun malangnya, model ini tidak mendapat sambutan dan kini Surface Duo boleh dibeli pada harga $410 sahaja. Penurunan drastik ini menterjemah Surface Duo sebagai sebuah lagi produk gagal. Secara kasar saya melihat Surface Duo masih belum sempurna sifatnya dan Microsoft seolah-olah terburu-buru untuk melancarkan peranti terbabit. 

Microsoft Surface Duo (Microsoft)

Natijahnya, produk yang dihasilkan hanya sekadar tangkap muat. Microsoft mempunyai jurutera berpengalaman di bawah Surface. Namun mereka gagal dalam menghasilkan telefon pintar yang hebat. Ini menunjukkan Microsoft masih menerima tempias dari kegagalan Lumia suatu masa dahulu. 

Tidak dipastikan sama ada Microsoft bakal meneruskan projek Surface Duo atau sebaliknya. Saya melihat Microsoft sudah terlewat untuk masuk ke pasaran tersebut. Microsoft mampu untuk memulihkan tanggapan pengguna terhadap telefon pintar mereka. 

Microsoft boleh meniru strategi pengeluar dari negara China dengan menjual telefon pintar segmen andalan pada harga rendah. Apabila jenama tersebut mula meningkat naik. Mereka boleh menawarkan pada harga premium. 

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft Menggalakkan Pengguna Windows Phone Menukar Kepada iPhone Atau Android

Microsoft tidak perlu bercita-cita untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat. Hasilkan dahulu telefon pintar segmen biasa dan apabila pengguna mula terperangkap dengan jenama mereka barulah kembali ke landasan asal. Saya yakin pandangan ini tidak mungkin berlaku kerana Microsoft sememangnya sebuah jenama yang premium dan setanding Apple. 

Microsoft Lumia (Microsoft)

Mereka tidak akan mencemarkan nama semata-mata mahu mengikut jejak langkah pengeluar dari China. Microsoft tiada jalan lain untuk memulihkan tanggapan pengguna terhadap produk mereka. Microsoft boleh memperkenalkan beberapa segmen bagi telefon pintar di bawah Surface. 

Jika mereka terus bercita-cita maka malapetaka seperti  yang berlaku pada Lumia dan Surface Duo tercatat sekali lagi. Microsoft perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah syarikat perisian dan bukan perkakasan. 

SEKADAR PANDANGAN

Gambar utama : Medium.com

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone SE 3 Dilancarkan Pada Suku Pertama 2022?

iPhone SE 3