in , ,

Apple Berselindung Disebalik Keberanian?

Sebelum ini Apple telah membuang bicu audio pada iPhone 7 dan memberikan alasan “keberanian” sebagai bukti bahawa mereka berani untuk berubah.

Disebabkan mereka telah mencipta satu masalah, maka solusi kepada permasalahan tersebut telah diciptakan. Apple telah melancarkan AirPods sebagai penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Produk pakai buang ini telah menjana keuntungan yang sangat tinggi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics. AirPods telah menguasai hampir 50% pasaran fon telinga tanpa wayar dunia bagi tahun 2020. Pada tahun 2020 juga Apple telah menjual sebanyak 108.9 juta unit yang merangkumi AirPods dan Beats (Laporan Canalys).

Pada suku kedua tahun ini sahaja, Apple telah menjana pendapatan sebanyak $7.8 bilion bagi segmen peranti boleh pakai, Rumah dan Aksesori. Ini menunjukkan AirPods merupakan satu pelaburan yang menguntungkan hasil “keberanian” yang mereka perkatakan.

Pada awal pelancaran iPhone 7, mereka menyertakan sambungan 3.5mm ke lightning. Namun malangnya selepas pelancaran iPhone XS aksesori terbabit tidak lagi disertakan. Natijahnya pengguna terpaksa membeli pada harga RM55 semata-mata untuk mendapatkan aksesori terbabit.

Lagi artikel di ifon.my  Mekanisme Pulih Semula Bagi iPhone Masa Hadapan

Kini Apple mula melancarkan aksesori MagSafe sebagai alternatif kepada pengecasan iPhone. Kini semua model iPhone 12 menyokong MagSafe dan boleh dibeli pada harga RM179.

Apple hakikatnya sangat mementingkan kelestarian bumi. Tidak hairanlah mereka tidak lagi menyertakan palam pengecas dan earpod dalam kotak. Namun malangnya MagSafe ini tidak menyokong Apple Watch. Pengguna terpaksa membeli kabel berasingan untuk mengecas Apple Watch tersebut.

Menurut Ming-Chi Kuo, suatu masa nanti Apple bakal melancarkan iPhone tanpa lubang pengecasan lightning. Tidak dipastikan sama ada Apple bakal melancarkan iPhone tanpa lubang pengecasan lightning pada tahun 2022 atau 2023. Ini menunjukkan bahawa Apple ke arah teknologi tanpa wayar.

Akibatnya, pengguna perlu membeli MagSafe berbanding kabel lightning suatu masa nanti. Kemungkinan kabel terbabit akan disertakan, namun malang bagi pengguna sedia ada yang tidak lagi boleh menggunakan kabel sedia ada.

Sudah semestinya penjualan MagSafe akan menjana berbilion dolar setelah iPhone tersebut dilancarkan. Tidak salah untuk Apple merevolusikan teknologi. Namun biarlah menguntungkan kedua-dua belah pihak. MagSafe bakal menjadi medium pengecasan terbaharu pada masa hadapan. Terdapat khabar angin MacBook turut menggunakan teknologi tersebut dalam tahun ini.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Konklusinya, Apple berjaya mencipta masalah dan menyelesaikan masalah tersebut dengan memperoleh keuntungan yang lebih besar. Tindakan mereka membuang bicu audio telah berjaya menjana berbilion dolar. Sudah pasti kelak MagSafe pula bakal menjadi aksesori yang bakal menduduki tempat sama seperti AirPods. Tidak salah untuk Apple perkenalan inovasi. Namun saya lihat ada udang di sebalik batu.

Sumber: EverythingApplePro

Perkara paling melucukan saya, mereka komited untuk menjaga alam sekitar dengan membuang palam pengecas dan earpod dalam kotak iPhone. Peliknya harga jualan tetap sama seperti dulu dan tiada langsung belas kasihan untuk menurunkan harga.

Sudahlah mereka untung besar kerana tidak lagi menyertakan aksesori terbabit. Kos penghantaran ke Malaysia juga semakin rendah memandangkan kuantiti ditingkatkan disebabkan saiz kotak yang lebih kecil. Siapa untung? Dan siapa rugi?

SEKADAR PANDANGAN


Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

MacBook Air (2022)

Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia