in , , ,

Apple Hadir Dengan Fitur Imbasan Gambar Pornografi

Satu isu yang agak kontroversi berlaku hari ini apabila Apple mengumumkan satu fungsi pada iOS 15, iPadOS 15 dan macOS Monterey yang membolehkan Apple mengimbas gambar yang tersimpan di iMessage dan iCloud.Tujuan imbasan tersebut adalah untuk memastikan tiada gambar bersifat pornografi.

Sekiranya Apple mengesahkan gambar tersebut mempunyai unsur-unsur pornografi, secara automatik gambar tersebut akan dikaburkan dan turut diberikan amaran.Walakin begitu, fungsi ini hanya diaktifkan pada pengguna kanak-kanak sahaja. Sekiranya kanak-kanak tersebut ingin melihat gambar kabur tersebut, satu notifikasi akan dihantar kepada ibu bapa mereka untuk kelulusan.

Secara dasarnya fungsi ini sangat baik untuk kesihatan mental kanak-kanak. Setakat ini fungsi ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat sahaja.

Cuma saya terfikir sekiranya fitur tersebut disalah guna dan mampu menceroboh gambar peribadi kita walaupun fitur tersebut dikhususkan untuk kanak-kanak. Pandangan anda?

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pixel Pencabar Signifikan iPhone

Ramalan Harga iPhone 13