in ,

ATLAS Lancar Inisiatif Teknologi Bantu Tangani Jurang Nutrisi Murid Sekolah

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Sebuah inisiatif baharu berasaskan teknologi diperkenalkan bagi membantu menangani isu jurang nutrisi dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi pengagihan bekalan nutrisi secara automatik di sekolah terpilih.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), dengan matlamat memastikan murid yang layak menerima bekalan nutrisi harian secara lebih konsisten dan tersusun.

Menurut maklumat yang dikongsikan, inisiatif itu menggunakan teknologi mesin layan diri pintar bagi membolehkan agihan nutrisi dilakukan secara automatik kepada penerima yang dikenal pasti. Program perintis yang dijalankan sebelum ini dilaporkan menerima sambutan positif, sekali gus membawa kepada peluasan pelaksanaannya di 10 buah sekolah terpilih.

Lagi artikel di ifon.my  SARA Bulanan Kini Dikreditkan Melalui MyKad Mulai 1 Jun 2026

Inisiatif berkenaan diwujudkan susulan kebimbangan terhadap masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian SEANUTS II yang dipetik dalam kenyataan tersebut, lebih 70 peratus kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian kalsium dan vitamin D yang disyorkan, manakala kadar kelaparan kanak-kanak di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah dilaporkan mencecah 58.4 peratus.

Bagi memastikan agihan lebih telus dan terkawal, sistem tersebut menggunakan kad khas yang diselaraskan dengan kalendar persekolahan. Pendekatan berasaskan data itu turut membolehkan keberkesanan program dipantau selain mengurangkan risiko penyalahgunaan agihan.

Menurut Yayasan Raja Muda Selangor, pemakanan yang seimbang merupakan antara faktor penting dalam membantu kanak-kanak memberi tumpuan ketika belajar serta meningkatkan peluang mereka untuk berkembang secara menyeluruh di sekolah.

Lagi artikel di ifon.my  Semua Produk Apple Tidak Dikenakan Sebarang Cukai SST Buat Masa Ini

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Antennagate: Di Sebalik Kontroversi Yang Membentuk Apple Hari Ini

iOS 27 Beta versi paling stabil?