in , ,

GSC Perkukuh Kedudukan Dengan Pelancaran Dewan IMAX dengan Laser di IOI Mall Damansara

Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam yang menguasai hampir separuh pasaran pawagam di Malaysia, dilihat terus memperkukuhkan kedudukannya apabila bakal melancarkan dewan IMAX dengan Laser lengkap dengan 12 saluran bunyi di GSC IOI Mall Damansara.

Perkara itu mula mencuri perhatian selepas GSC berkongsi poster acah menerusi media sosial rasminya, sekali gus memberi bayangan bahawa dewan baharu tersebut bakal dibuka secara rasmi dalam masa terdekat.

Menariknya, dewan IMAX dengan Laser ini akan menggantikan dewan BIG yang sebelum ini menjadi identiti utama GSC IOI Mall Damansara. Perubahan ini dijangka menawarkan pengalaman tontonan yang lebih imersif menerusi sistem unjuran laser bersama teknologi audio 12 saluran yang lebih menyeluruh.

Lagi artikel di ifon.my  Aurum Theatre : Mewah Tapi Berbaloi?

Walakin begitu, GSC masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya. Kendatipun begitu, rata-rata peminat filem berharap dewan berkenaan dapat mula beroperasi sebelum tayangan The Odyssey yang dijadualkan memasuki pawagam Malaysia pada 16 Julai nanti.

Sekiranya jangkaan tersebut menjadi kenyataan, GSC bakal menambah satu lagi lokasi IMAX dengan Laser dalam rangkaiannya, sekali gus memperkukuhkan lagi penawaran pengalaman sinematik premium kepada penonton di Malaysia.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 27 Beta versi paling stabil?

Apple Dikatakan Rancang Pembaharuan Besar Barisan Peranti Pada 2027