in , , ,

Apple Menyambut Ulang Tahun iMac Kali Ke-20

Umum mengetahui bahawa Apple antara satu-satunya syarikat dalam planet ini yang mencapai modal pasaran sehingga USD1 Trillion atau bersamaan RM4,103,900,000,000.00.

Namun, tahukah anda disebalik kejayaan Apple pada masa kini terselit satu kisah di mana Apple besar kemungkinan bakal diisytiharkan  muflis kesan daripada masalah yang dihadapi oleh Apple pada ketika itu.

l_MFFKFv_ZFKhr_1532448208356
 Gil Amelio- 1996 hingga 1997 

Gil Amelio merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang terakhir sebelum ia di kembalikan kepada Steve Jobs. Sebelum menyertai Apple, Gil Amelio merupakan Ketua Pegawai Eksekutif National Semiconductor sebelum menyertai Apple pada tahun 1996.

Gil Amelio juga merupakan individu yang membawa Steve Jobs kembali ke Apple apabila beliau telah membeli NeXT pada harga sekitar USD429 juta. Walau bagaimanapun, setahun kemudian saham Apple mengalami kejatuhan teruk dan memaksa Gil Amelio untuk meletak jawatan. Disaat itulah Steve Jobs menyakinkan Ahli Lembaga Pengarah untuk melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.

Disaat inilah Steve Jobs telah memainkan peranan besar dalam mengubah Apple dari sebuah syarikat yang hampir muflis kepada syarikat paling berkuasa di dunia.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Video Penggunaan iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr

Antara produk yang paling berjaya sewaktu beliau mula-mula memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif adalah dengan memperkenalkan iMAC pada tahun 1998.

Pada majlis tersebut Steve Jobs telah membuatkan penonton terkesima dengan hasil inovasi yang dihasilkan oleh Apple dimana beliau telah mencipta fenomena baru dalam dunia pengkomputeran.

iMac G3 pada ketika itu dikuasakan dengan cip pemprosesan PowerPC 233Mhz yang direka oleh  Apple–IBM–Motorola (AIM). Cip pemprosesan ini menjanjikan dua kali ganda kuasa berbanding cip yang dihasilkan oleh Intel pada ketika itu.

file_JG5_DSSX8
iMac Generasi Baru

iMac G3 hadir dengan skrin sebenar 15-inci shadow-mask CRT dengan resolusi 1024 x 768, RAM  32MB,  hadir dengan hard disk  sebesar 4 GB dan menyokong sistem operasi Mac OS 8.1. iMac G3 ini dijual pada tanda harga USD1,299.00 dan memperoleh sebanyak 150,000 pra tempah selepas ia dilancarkan.

iMac G3 inilah antara penyelamat Apple dari kerugian, dan disinilah Apple menggunakan keuntungan dari jualan produk mereka dengan menghasilkan iPod, iPhone dan iPad.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa iPhone 5S Tidak Terlibat Dalam Program Penukaran Bateri? Dan Adakah Wajar Kita Menukar Bateri.

Akibat kejayaan dalam memasarkan iMac G3, Apple terus mengembangkan produk ini hingga ke saat ini.

imac-artificial-colors
iMac G3 Hadir Dengan Warna Baru Yang Dilancarkan Pada Tahun 1999

Hakikatnya setiap inovasi yang dihasilkan ketika di era pentadbiran Steve Jobs sangat menakjubkan dan sukar di saingi oleh syarikat besar yang lain termasuklah Microsoft, Samsung dan Google.

90734cff645065fbf8f4c8759c9f1677
iMac G4 Dilancarkan Pada 7 Januari 2002

Sejauh manakah Apple mampu bertahan memandangkan legasi Steve Jobs telah pun berakhir. Ketika bermula era Tim Cook saya melihat inovasi Apple semakin menurun dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

Jika setakat mengitar semula produk yang dihasilkan oleh Steve Jobs, ia belum cukup untuk membuktikan bahawa legasa Tim Cook releven pada masa kini.

Apple Watch, Apple Pay dan Home Pod antara produk yang dihasilkan di bawah DNA Tim Cook. Jika dilihat dari segi penguasaan pasaran ia baik namun tidak setanding Steve Jobs.

Selamat Ulang Tahun iMac Yang Ke-20.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Galaxy Note 9 Habis di Pra Tempah

Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian