in , ,

Microsoft antara pencetus terciptanya iPhone

Umum mengetahui bahawa Apple dan Microsoft tidak mempunyai hubungan yang baik memandangkan mereka merupakan pesaing ketat di dalam industri pengkomputeran. Hubungan kedua-dua syarikat ini tegang sejak Microsoft dikatakan menciplak idea sistem operasi komputer Apple.

Namun begitu, dalam satu temuramah, Scott Forstall mengatakan bahawa Microsoft secara tidak langsung telah “membantu” Apple mencipta iPhone.

scott_forstall

Mengikut Scott Forstall, idea untuk membina iPhone tercetus kerana Steve Jobs sangat menyampah terhadap seorang eksekutif Microsoft ketika itu (yang tidak dinamakan). Katanya, setiap kali Steve Jobs berjumpa dengan eksekutif tersebut, beliau akan bercerita kepada Steve Jobs tentang projek tablet PC yang sedang dibangunkan di Microsoft yang bakal merevolusikan dunia teknologi.

Lagi artikel di ifon.my  Maklum Balas Apple Berkenaan Status Kabel Foxconn
Tablet PC oleh Microsoft

Setiap kali berjumpa dengan eksekutif tersebut, beliau akan bercerita perkara yang sama seolah-olah ingin berbangga dengan teknologi Microsoft pada waktu itu. Kita sedia tahun betapa egonya Steve Jobs. Perkara ini membuatkan ego Steve Jobs tercabar.

Apabila Steve Jobs masuk ke pejabat pada hari berikutnya, beliau terus mengarahkan satu projek baru dijalankan di Apple untuk membina peranti touch screen yang mempunyai keupayaan multi touch. Katanya:

Microsoft bodoh. Tiada orang yang mahu menggunakan stylus. Ia selalu hilang, dan menggunanya adalah tidak produktif.

– Steve Jobs

Projek tersebut pada mulanya dibuat untuk kegunaan tablet. Namun pada 2004, Steve Jobs mengubah hala tuju projek tersebut untuk kegunaan telefon pintar. Dari situlah terhasilnya iPhone, telefon pintar yang telah merevolusikan dunia pengkomputeran bimbit masa kini.

Lagi artikel di ifon.my  Anggaran Harga Maksimum iPhone Terpakai Setakat September 2019

Ada beberapa sebab lain sebenarnya yang mendorong Steve Jobs dan Apple untuk mencipta iPhone. Namun saya rasa ini merupakan satu sebab yang paling menarik sekali.  Kerana ego yang tercalar, dunia teknologi satu dunia telah direvolusikan jauh ke hadapan. Jika iPhone tidak dihasilkan oleh Apple 10 tahun yang lepas, tak tahulah macam mana rupa telefon bimbit kita pada hari ini.

Anda boleh tonton temuramah penuh Scott Forstall bersama CHM Live di bawah:

CHM Live | Original iPhone Software Team Leader Scott Forstall

Samsung Galaxy Note 9 Mempunyai Daya Tahan Bateri Terkuat Berbanding iPhone X dan OnePlus 6

Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?