in ,

Jom Tukar Bateri iPhone Asli Serendah RM121.00

Seperti diketahui oleh pengguna iPhone bahawa Apple sedang mengadakan promosi penukaran bateri bermula awal Januari 2018 dan tamat pada 31 Disember 2018.

Promosi ini hanya sah pada iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

iphone-6s-plus-teardown-camera-location-ifixit

Program yang dianjurkan oleh pihak Apple ini adalah rentetan isu kontroversi di mana mereka telah memperlahankan prestasi iPhone sekiranya bateri iPhone mengalami penurunan jangka hayat.

Ia bermula sejak Apple melepaskan kemaskini iOS 10.2.1 di mana kemaskini tersebut mempunyai satu fungsi dipanggil power management yang membantu iPhone anda dari masalah terpadam dengan sendirinya.

Oleh kerana isu ini semakin hangat diperkatakan, pihak Apple telah melepaskan kemaskini iOS 11.3 di mana anda boleh menyemak status bateri anda sama ada sihat atau sebaliknya.

Seperti diketahui bahawa sebuah bateri normal telah direka untuk kekal sehingga 80% dalam kitaran sebanyak 500 kali cas lengkap.

Oleh itu, sekitarnya iPhone anda mempunyai kapasiti maksimum kurang dari 80%. Amatlah digalakkan untuk menukar kepada yang baru.

Kaedah untuk menyemak kesihatan bateri, anda perlu ke Setting, Battery, Battery Health (BETA) kemudian lihat pada status Maksimum Capacity.

Contoh paparan boleh dilihat pada gambar di bawah.

ios11-iphone6-settings-battery-health-maximum-capacity

Setting-Battery-Battery Health (Beta)

Sekiranya bateri anda masih berlegar sekitar 80% hingga 99%, anda tidak perlu untuk menukar bateri anda memandangkan ia masih berada di paras yang baik.

Walau bagaimanapun, anda juga harus melihat status yang dipaparkan di bahagian Peak Performance Capability untuk mengesahkan bateri anda sihat.

Lagi artikel di ifon.my  Inkarnasi MacBook 12-Inci?

ios11-iphone6-settings-battery-health-normal

Peak Performance Capability

Sekiranya status tersebut dinyatakan seperti dalam gambar di atas, bermakna iPhone anda masih berkenaan normal. Namun jika status tersebut dinyatakan sebaliknya, kemungkinan anda perlu menukar bateri anda walaupun kapasiti maksimum bateri anda masih di paras 80% hingga 99%.

ios11-iphone6-settings-battery-health-undetermined

Terdapat segelintir pengguna mungkin tidak dapat menyemak status bateri mereka kerana ia memaparkan status seperti gambar di atas.

Ini berkemungkinan disebabkan iPhone anda menggunakan bateri tiruan atau terdapat masalah semasa proses pemasangan bateri.

Oleh itu, anda perlu ke Pusat Servis Apple yang sah untuk menyemak. Namun, besar kemungkinan anda mungkin tidak layak untuk mendapatkan harga promosi tersebut dan perlu membayar caj diagnosis yang dilakukan pada iPhone anda.

Oleh yang demikian, amatlah digalakkan untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dari pihak mereka terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Berikut merupakan senarai harga bateri asli yang diterbitkan oleh pihak Machines Malaysia yang merupakan antara Pusat Servis Apple yang bertauliah.

Screen_Shot_2018-06-01_at_8.57.56_AM_1024x1024
Harga bateri asli

Tentu dikalangan pengguna iPhone 5, iPhone 5C dan iPhone 5S tertanya-tanya mengapa harga bateri mereka tinggi. Seperti yang saya maklumkan, promosi ini hanya melibatkan model yang terkesan dari masalah yang dijelaskan seperti yang di atas.

Tujuan utama saya menulis kembali berhubung isu ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa terdapat kemungkinan harga penukaran bateri akan naik sedikit memandangkan kerajaan bakal melaksanakan cukai SST pada September ini.

Lagi artikel di ifon.my  MagSafe Sekadar Gimik?

Semasa GST masih dilaksanakan, harga penukaran bateri adalah pada harga RM129.00. Namun setelah ia diletakkan pada kadar sifar, harga telah diturunkan kepada RM121.00 sahaja.

Oleh itu, tinggal beberapa hari sahaja lagi harga bagi penggantian bateri ini kekal pada harga RM121.00. Belum dapat dipastikan adakah harga ini akan kekal selepas SST dilaksanakan, oleh itu rebutlah masa yang ada untuk menukar bateri anda di Pusat Servis Apple yang sah.

Anda juga harus mengetahui bahawa bermula 1 Januari 2019, harga penukaran bateri iPhone bakal kembali ke harga asal iaitu RM349.00.

Untuk makluman, penukaran bateri ini hanya sah pada iPhone yang belum menukar sebarang komponen dari pusat servis selain yang disahkan oleh Apple.

Oleh itu, sekiranya IPhone anda pernah dibuka oleh pusat servis yang tidak sah. Kebarangkalian untuk iPhone anda ditolak adalah tinggi.

Selain itu, iPhone TurboSIM, RSIM dan Refurbish berkemungkinan tidak akan diterima. Namun, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari mereka terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Untuk mengetahui lokasi terdekat dengan anda. Anda boleh menekan pautan Lokasi Pusat Sevis Apple untuk maklumat lanjut.

Konklusinya disini, amatlah digalakkan untuk pengguna iPhone mengambil peluang keemasan yang jarang dibuat oleh Apple ini.

Janganlah menghantar ke Pusat Servis yang bukan disahkan oleh Apple memandangkan pihak Apple telah memaklumkan bahawa sebarang penukaran komponen tiruan akan menyebabkan masalah pada iPhone anda sebaik iOS dikemaskini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Teknologi 3D Touch Bakal Dilenyapkan Pada Tahun 2019?

Prototaip iPhone generasi pertama dijual di eBay dengan harga RM132 ribu