Seperti diketahui pada awal Januari 2018,pihak Apple telah memulakan program penukaran bateri bagi iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE dan ke atas.
Daripada rentetan itu, Pusat Servis Apple dan Wakil Jualan Sah Apple dipertanggungjawabkan sebagai pengantara kepada pengguna iPhone di Malaysia.
Oleh itu, mana-mana pengguna yang menghadapi masalah seperti iPhone terpadam dengan sendiri atau kapasiti maksimum bateri telah berada di paras 79% adalah digalakkan untuk anda menyertai program ini.
Terkini, saya telah berhubung dengan pihak Switch Malaysia untuk bertanyakan berhubung kos bagi penukaran bateri iPhone setelah 1 September 2018.
Berdasarkan perbualan tersebut, pihak mereka masih mengekalkan harga bagi penukaran bateri iaitu sekitar RM121.00 sahaja.
Umum mengetahui kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan cukai SST kepada beberapa barangan yang terpilih. Namun, belum dapat dipastikan sama ada perkhidmatan ini akan dikenakan SST atau sebaliknya.
Oleh yang demikian, rebutlah peluang keemasan ini dengan membuat penukaran bateri kerana telah terbukti faktor utama mengapa prestasi iPhone anda semakin perlahan adalah disebabkan oleh bateri.
Konklusinya, memandangkan harga penukaran bateri masih kekal pada harga sebelum ini. Saya menasihatkan anda supaya terus menghantar ke Pusat Servis Apple yang sah dengan kadar segera.
Bagi memastikan anda mendapatkan maklumat terkini berhubung harga bagi penukaran bateri boleh semak pada pautan Switch Malaysia
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Switch Malaysia.