in

Apple Menurunkan Harga Jualan iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR Dan iPhone 8/Plus Di China

Sebelum ini Apple menerima tamparan hebat berhubung sekatan jualan iPhone yang menggunakan modem Qualcomm bagi model-model terdahulu.

i82

Hari ini China National Business Daily melaporkan bahawa pembekal iPhone telah menerima nota berhubung pengurangan harga bagi iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR dan iPhone 8/Plus.

iPhone XR antara model yang paling banyak menerima pengurangan harga iaitu sebanyak 450 yuan (RM270.71) berbanding model lain yang dikurangkan sebanyak 400 yuan (RM240.63).

Today (January 9th) evening, our reporter was informed that on the evening of January 8, Huaqiang North channel dealers received US price adjustment information, iPhone XR, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X and iPhone XS And other products such as iPhone XS Max began to cut prices. Among them, Huaqiang North’s iPhone in the Yuanwang Digital City Wholesale Market has experienced a full-scale decline in all levels.

Last year, Apple released the new iPhone XR with the largest price cut, and the channel price dropped by 450 yuan. The current price is 5250 yuan.

Sebelum ini Jepun juga antara negara yang menawarkan potongan harga bagi iPhone XR. Namun ia hanya melibatkan syarikat telekomunikasi yang layak sahaja.

iphonexr

Dengan pengurangan harga ini, belum dipastikan sama ada Malaysia turut menjadi salah satu negara yang akan menerima potongan harga baharu.

Lagi artikel di ifon.my  Apple: iPhone Xr Antara iPhone Paling Laris Sejak Ia Dilancarkan

Walau bagaimanapun, Tim Cook sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia antara negara yang banyak menyumbang kepada peningkatan jualan iPhone.

Dengan kenyataan tersebut maka saya berpandangan Apple tidak perlu berbuat sedemikian kecuali pelarasan harga baharu melibatkan semua negara termasuk Amerika Syarikat.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tim Cook Menyalahkan Program Penggantian Bateri Penyebab Kemerosotan Jualan iPhone

Harga iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Turun Di Seng Heng Malaysia