in ,

Microsoft Semakin Hampir Untuk Menjadi Syarikat Yang Mencapai Modal Pasaran $1 Trilion

Sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Satya Nadella telah berjaya membawa hala tuju Microsoft ke satu tahap yang paling membanggakan.

Microsoft cukup sinonim dikalangan pengguna perisian Windows, tidak hairanlah Window telah menguasai 75.47% berbanding MacOS yang hanya menguasai 12.33% sahaja dalam segmen PC, rujuk laporan statista.

Microsoft mula mencapai kegemilangan sekitar era 90an yang ketika itu dipimpin oleh Bill Gates, namun setelah Steve Ballmer mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, hala tuju Microsoft sedikit goyah dan memaksa beliau meletak jawatan dan diganti oleh Satya Nadella.

ballmer-microsoft

Steve Ballmer

Ketika di era Steve Ballmer antara produk yang gagal menguasai pasaran termasuklah Windows Vista, Microsoft Lumia dan gelang pintar.

Umum mengetahui bahawa Microsoft lebih memfokuskan perisian berbanding pembangunan peranti pintar. Namun Steve Ballmer melihat Microsoft perlu mengikut jejak Apple yang sememangnya sudah matang dalam pembangunan perisian dan perkakasan.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 12 Laris Di Malaysia

78626116-msband

Microsoft Band

Akibatnya Microsoft mencatat pendapatan yang sangat mendukacitakan dalam segmen peranti pintar ditambah pula dengan produk Microsoft Lumia yang tidak mampu bersaing dengan peranti iOS dan Android.

satya-nadella-2016-gettyimages-618305174

Satya Nadella

Setelah Satya Nadella mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau telah menghentikan pembangunan Microsoft Lumia.

Microsoft pada ketika ini lebih memfokuskan kepada segmen perusahaan berbanding Apple yang memfokuskan Pengguna awam.

Hasilnya Microsoft telah mencatat pasaran modal tertinggi pada ketika ini iaitu sekitar $902 Billion berbanding Apple yang mencatat sekitar $886.6 Billion. Peningkatan yang positif ini hakikatnya didorong oleh kepercayaan pelaburan terhadap keupayaan Microsoft dalam membawa hala tuju syarikat.

Surface-Studio-2-5
Surface Studio

Apple sebelum ini pernah dinobatkan sebagai syarikat pertama di dunia mencapai pasaran modal lebih $1 Trilion. Namun disebabkan beberapa isu termasuklah perang dagang antara AS dan China, kelemahan permintaan iPhone dan prestasi pendapatan yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan pasaran modal Apple jatuh menjunam.

Lagi artikel di ifon.my  Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS

Setakat ini belum dipastikan adakah Microsoft akan kekal mengeluarkan produk di bawah segmen Surface atau menamatkan pembangunan seperti yang berlaku pada produk yang lain dan hanya menumpukan kepada perisian dan storan awan.

Adakah Microsoft mampu melepasi angka $1 Trilion seperti yang berlaku pada Apple. Sama-sama kita nantikan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Galaxy S10 Plus Berjaya Menewaskan iPhone XS Max Bagi Ujian Prestasi

Program Pembaikan iPhone 7 Yang Menghadapi Masalah “No Service”