Jika anda pernah membaca ulasan sebelum ini. Saya telah memperincikan apakah jangkaan bagi Acara Khas Apple yang bakal dilancarkan pada September ini, jika anda belum membacanya boleh klik pada pautan yang disediakan.
Terkini menurut laporan dari media di Perancis, Apple berkemungkinan akan mengadakan Acara Khas Apple pada 13 September 2018 (waktu Malaysia) sekitar jam 1.00 pagi.
Tarikh berkenaan hakikatnya telah mendapat liputan meluas walaupun setakat ini Apple masih belum membuat sebarang jemputan kepada media antarabangsa.
Jika dilihat dari segi kronologi, iPhone pertama kali dilancarkan adalah pada 10 Januari 2007, diikuti dengan iPhone 3G (10 Jun 2008), iPhone 3GS (9 Jun 2009), iPhone 4 (8 Jun 2010) dan iPhone 4S (5 Oktober 2011).
Walau bagaimanapun, bermula tahun 2012 Apple menjadikan bulan September sebagai tarikh keramat dengan pelancaran iPhone 5 pada 12 September 2012, iPhone 5S iPhone 5C (11 September 2013).
iPhone 6/6+ (10 September 2014), iPhone 6S/6S+ (10 September 2015), iPhone 7/7+ (8 September 2016) dan iPhone 8/8+ serta iPhone X pada 13 September 2017.
Cuma pada tahun 2016 Apple telah mengubah sedikit tarikh bagi pelancaran bagi iPhone SE iaitu pada 22 Mac 2016.
Bagi tahun ini, 13 September 2018 mungkin tarikh keramat buat Apple dalam melancarkan tiga buah iPhone iaitu iPhone 6.1inci, iPhone 5.8inci dan iPhone 6.5inci yang masih belum diketahui nama rasmi.
Acara ini akan dipancarkan secara langsung melalui pelayar web safari pada peranti iOS dan macOS. Namun bagi pengguna Windows anda boleh menontonya pada pelayar Microsoft Edge atau Chrome.
SEKADAR PANDANGAN