Setelah sekian lama Apple kekal sebagai syarikat paling bernilai di dunia. Nampaknya Microsoft telah membuat kejutan apabila berjaya memintas Apple dengan modal modal pasaran berjumlah $832.3 berbanding Apple $831.
Apple sebelum ini dinobatkan sebagai syarikat pertama mencatat modal pasaran sekitar $1 Trilion. Namun pada November lepas, pihak Apple telah membuat kejutan apabila memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengumumkan lagi jumlah unit bagi produk Apple yang terjual pada masa akan datang.
Akibat dari pengumuman tersebut saham Apple terus menjunam dengan signifikan yang menyebabkan pasaran modal Apple menjunam di paras $831 berbanding $1 Trilion yang dicatatkan sebelum ini.
Nampaknya Apple semakin tergugat disebabkan prestasi saham yang sangat mendukacitakan. Walau bagaimanapun, pasaran saham di Amerika Syarikat baharu sahaja dibuka. Sejauh mana Microsoft mampu mengekalkan momentum ini sama-sama kita nantikan.