OpenSignal hari ini telah menerbitkan laporan berhubung prestasi selular bagi iPhone 5S hingga iPhone XS Max. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dilihat iPhone 5S dan iPhone SE antara model paling perlahan berbanding model yang lain.
Walaupun iPhone SE antara model yang terkini berbanding iPhone 6 dan iPhone 6 Plus namun ia hanya memperoleh purata kelajuan sekitar 10.9Mbps berbanding iPhone 6 dan iPhone 6 Plus iaitu sebanyak 11.9 Mbps dan 12.8Mbps.
Bagi iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, purata kelajuan bagi keempat-empat model ini menunjukkan trend yang sama walaupun iPhone 7 memperoleh 16.1 Mbps lebih tinggi berbanding yang lain.
iPhone XR juga dilihat mempunyai purata kelajuan yang rendah berbanding iPhone X walaupun model tersebut baru sahaja dilancarkan pada tahun 2018.
iPhone X memperoleh purata kelajuan sekitar 18.5Mbps berbanding iPhone XR yang hanya mencatat sekitar 17.6Mbps.
iPhone XS Max mencatatkan purata kelajuan tertinggi untuk seluruh model iPhone iaitu sekitar 21.7Mbps berbanding iPhone XS 20.5Mbps.
Bagi kelajuan muat naik pula, data diperoleh lebih kurang sama seperti data muat turun yang mana iPhone 5S dan iPhone SE antara yang terendah.
iPhone XS dan iPhone XS Max dinobatkan model iPhone paling tinggi mencatat kelajuan muat naik iaitu 18.8Mps dan 20.2Mbps.
Apa yang membezakan iPhone XS dan iPhone XS Max dengan lain adalah model ini menggunakan 4×4 Multiple Input, Multiple Output (MIMO) berbanding iPhone XR yang hanya menggunakan 2×2 MIMO.
Diharap data ini menjadi rujukan anda semasa membeli iPhone kelak. Memandangkan ujian ini dibuat di AS dan menggunakan model iPhone (Set AS) besar kemungkinan iPhone (MYSET) mempunyai kelajuan sedikit berbeda memandangkan beberapa model iPhone di AS menggunakan modem Qualcomm.
SEKADAR PANDANGAN