in , ,

Transisi Cip Pemprosesan Buatan Apple

11 November 2020 akan menentukan nasib Intel. Transisi dari Intel ke cip buatan Apple mula menjadi topik hangat dan pelancarannya nanti akan membuktikan sejauh mana masa depan Intel.

2-C584-B44-B794-4-CE4-8-AF6-ACD176-D18-AEE

Dari segi sejarah, Apple bukanlah kali pertama beralih kepada cip pemprosesan terbaharu. Sebelum ini Apple telah bekerjasama dengan Motorola dan IBM dalam menghasilkan PowerPC yang menjana beberapa produk termasuk Power Macintosh, iMac, iBook, PowerBook, dan Xserve.

A24729-B7-8896-4-B58-9757-B3-D16199-CA3-B

Namun Steve Jobs melihat potensi Intel dan beralih dari PowerPC ke x86 (Intel). Disebabkan arkitekture Intel sangat berlainan, Apple telah melancarkan Mac OS X Tiger yang menyokong Intel.

E121-D29-A-F0-DD-4-E01-88-BA-45-FCBCA5-EC30

Kini macOS Big Sur menjadi jambatan untuk Apple beralih dari Intel ke cip buatan mereka sendiri. Saya mula melihat potensi cip pemprosesan Apple semasa pelancaran iPad Air 2 yang dijana dengan cip A8X.

Lagi artikel di ifon.my  Ming-Chin Kuo Mengeluarkan Pandangan Berhubung Cip Pemprosesan Kirin 980 Dan Apple A12 Bionic

Beberapa penulisan saya juga mendapat kritikan hebat dari warganet dan mereka katakan bahawa ARM tidak mungkin digunakan dalam sebuah produk Mac. Kini ramalan saya tepat, Apple bakal mengubah landskap dunia teknologi.

6627323-D-173-B-45-A5-A459-F111-C79872-AF

Jika anda katakan transisi dari Intel ke cip buatan Apple tidak memberi impak. Rasanya anda silap, jika dirujuk dari laporan yang dikeluarkan oleh Canalys, Apple mencatat pertumbuhan positif iaitu sebanyak 13.2% tahun ini untuk pasaran komputer.

Untuk suku ketiga tahun ini sahaja Apple telah berjaya menjual sebanyak 6.372 juta unit produk Mac dan menguasai 8.1% dalam pasaran dunia. Sekiranya Apple berjaya beralih 100% dari Intel ke cip buatan mereka dalam beberapa tahun lagi, maka masa depan Intel akan suram.

D6-E9-CFCE-442-C-44-C2-816-E-844-B14-A8-E07-C

AMD kini dilihat berpotensi untuk merampas kedudukan Intel yang menguasai 37.3% pasaran dunia. Intel pada ketika ini masih di kedudukan selesa dengan menguasai 64.9% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Statista.

Lagi artikel di ifon.my  Perang Saraf Tesla Dan Apple Bermula

Konklusinya, saya melihat potensi Apple dalam memperkenalkan produk Mac berteraskan cip pemprosesan buatan mereka sendiri. Tidak dipastikan sama ada Apple akan menggunakan cip Siri-A, Siri-AX atau Siri-AZ.

Mungkin Apple bakal memperkenalkan cip pemprosesan terbaharu di bawah segmen Mac. Cuma besar harapan saya harga jualan bagi MacBook dan iMac dapat diturunkan disebabkan Apple tidak lagi bergantung kepada cip Intel.

Namun saya percaya Apple tidak akan menurunkan harga dengan drastik dan ini boleh dibuktikan dengan langkah Apple untuk tidak menyertakan palam pengecas dan earpod, namun harga iPhone kekal seperti asal.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 12 Laris Di Malaysia

Majoriti Berpuas Hati Dengan Kemas Kini iOS 14.2