in ,

Android Kekal Sistem Operasi Paling Popular Di Malaysia

Android kekal sistem operasi paling popular di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 14% manakala iOS susut sebanyak 13.5% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya

Data ini adalah jumlah penguasaan sistem operasi mudah alih di Malaysia bagi suku kedua 2018. Jika dilihat data yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas, Android telah menguasai 93.4% berbanding iOS iaitu 6.5% sahaja.

Ini mungkin disebabkan kuasa beli rakyat Malaysia pada model iPhone sangat rendah akibat harga yang terlalu premium.Berbanding telefon pintar yang menyokong Android, harga bagi telefon ini boleh didapati di pasaran serendah RM300 sahaja.

Selain itu, faktor lambakan model flagship,kelas pertengahan dan bawah memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih.Samsung,OPPO dan Huawei boleh dikatakan model yang paling digemari oleh rakyat Malaysia berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak IDC bagi tahun 2016.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengulas Teknologi Terkemuka Memilih Samsung Galaxy Note 9 Dan Huawei Mate 20 Pro Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018

Walakin begitu, pengguna iOS seharusnya berpuas hati dengan penguasaan iOS di pasaran Malaysia. Adalah kurang signifikan jika dinilai dari segi penguasaan Android dan iOS atas faktor yang disebutkan di atas

Namun, ia telah menuntaskan bahawa rakyat Malaysia masih gemar memilih peranti Android berbanding iOS.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Device Atlas

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Scott Forstall Dan Masa Depan Apple

Switch Mengesahkan Bahawa Mereka Menerima Tuntutan Jaminan Bagi iPhone Set Unlocked