Seperti semua sedia maklum Apple telah mengadakan Program Penggantian Bateri bermula 1 Januari 2018 dan tamat pada 31 Disember 2018.
Hari ini Daring Fireball telah berkongsi maklumat yang tertiris semasa mesyuarat antara Tim Cook dengan kakitangan Apple.
Tim Cook telah memaklumkan sebanyak 11 juta bateri telah ditukar sepanjang tahun 2018 berbanding 1 hingga 2 juta unit sahaja sebelum program berlangsung.
Program Penggantian Bateri berlangsung disebabkan skandal Apple yang memperlahankan prestasi iPhone sebaik sahaja kapasiti maksimum bateri turun sekitar 79%.
Tim Cook turut menyalahkan Program tersebut antara punca mengapa Apple terpaksa menyelaras kembali jangkaan pendapat untuk suku pertama tahun 2019 iaitu dari $93 billion kepada $83 billion.
Apple hakikatnya mula menerima kesan besar setelah Apple melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR yang mana dilaporkan permintaan terhadap model terbaharu ini lemah terutama di China.
Saya juga berpandangan faktor harga penyebab mengapa pengguna tidak menaiktaraf ke model terkini.
Sepanjang tahun 2018 Apple telah menyelaras harga baharu bagi bateri untuk semua jenis model iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE dan ke atas pada harga RM121.00 berbanding ~RM349.00.
Memandangkan program tersebut telah tamat, beberapa Pusat Servis Apple telah menaikkan harga bateri untuk semua jenis iPhone bermula pada harga RM249.00 hingga 349.00.
Secara konklusinya saya meramalkan Apple akan meneliti kembali setiap program yang bakal mereka anjurkan kelak.
Saya berpandangan Apple tidak akan menyambung Program Penukaran Bateri dalam masa terdekat akibat kesan yang besar terhadap pendapatan Apple.
SEKADAR PANDANGAN