in ,

iPad Pro 2018 dilancarkan tanpa Home Button

Dalam acara khas Apple pada hari ini, Apple melancarkan iPad Pro terbarunya. Peranti ini mempunyai skrin penuh tanpa Home Button, tidak seperti iPad Pro sebelumnya.

iPad Pro 2018

Skrinnya menggunakan teknologi yang sama digunakan pada iPhone XR, iaitu Liquid Retina. Namun tidak seperti iPhone, iPad Pro kali ini tidak mempunyai notch di atas. Skrinnya mempunyai saiz yang sama dengan iPad Pro sebelumnya, namun saiz peranti ini lebih kecil kerana bezelnya yang lebih kecil.

Skrin iPad Pro 2018

Tanpa Touch ID, iPad Pro kali ini menggunakan Face ID. Sensor Face ID diletakkan di atas skrin peranti ini. Tanpa Home Button bermakna peranti ini menggunakan gestures untuk navigasi sama seperti iPhone XS.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Bakal Melancarkan iPad Pro, Macbook, AirPower,AirPods 2 Pada Acara Khas Malam Ini?

iPad Pro 2018 dikuasakan oleh cip A12X Bionic, 90% lebih laju dari cip sebelumnya. Menurut Apple ini bermakna iPad Pro terbaru ini adalah 92% lebih laju dari notebook yang lain di pasaran masa kini. Cip terbaru ini juga membolehkan bateri iPad Pro ini untuk bertahan selama satu hari.

Cip A12X Bionic

Selain itu, Apple Pencil juga telah dikemaskini. Pencil kali ini boleh dilekatkan di iPad Pro dengan bantuan magnet. Ia turut mengecas Pencil secara wireless apabila dilekatkan di iPad Pro.

Apple Pencil

Smart Keyboard Folio turut diperkenalkan. Ia merupakan case dan keyboard tambahan untuk iPad Pro. Ia boleh digunakan bersama iPad Pro dengan hanya melekatkannya di iPad Pro menggunakan sambungan magnetik di peranti ini.

Lagi artikel di ifon.my  Cara Menonton Acara Khas Apple Pada Malam Ini
Smart Keyboard Folio

Macbook Air terbaru dilancarkan dengan Retina Display

Bunyi Asal Iklan iPad Pro Dan Macbook Air