in , , ,

Peningkatan Penggunaan USB Type-C Menafikan Teknologi Sebelumnya

Seperti diketahui kebanyakkan peranti seperti komputer riba, AIO dan komputer meja telah menggunakan USB Type-C sebagai port sambungan ke peranti atau aksesori yang lain.

Apple sebagai contoh, jika sebelum ini mereka menggunakan MagSafe sebagai sumber kuasa, kini mereka telah menggantikan USB Type-C sebagai port sumber kuasa.

Pekembangan teknologi USB Type-C semakin meningkat dari tahun ke tahun, tidak hairanlah Apple mula menggunakan USB Type-C pada iPad Pro terbaharu mereka.

A4737726-A83-D-4258-8-A81-B2005-C1-B6-FAD

USB Type-C bukan sahaja melibatkan produk-produk Apple. Hakikatnya hampir semua pemain industri teknologi menggunakan USB Type-C sebagai port utama menggantikan USB Type-A dan lain-lain.

Walaupun USB Type-C memberi banyak manafaat kepada Pengguna. Namun banyak port lain seperti HDMI, USB Type-A, Ethernet dan slot kad SD telah dikecualikan termasuklah Macbook dan komputet riba premium.

Lagi artikel di ifon.my  Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS

Akibat dari pengecualian ini, Pengguna menghadapi kesukaran untuk menggunakan beberapa jenis sambungan untuk melaksanakan tugasan harian.

Macbook Pro terkini sebagai contoh, ia hadir dengan empat port USB Type-C namun tidak disediakan port USB Type-A yang menyebabkan kesukaran untuk menggunakan Pendrive dan lain-lain.

D02-F6-E31-0605-412-A-BB32-9-E95-C881133-F

Bagi mengatasi masalah ini, banyak syarikat luar mula menghasilkan aksesori tambahan bagi menyokong port tambahan seperti USB Type-A, slot SD, HDMI dan lain-lain.

Namun bukan semua aksesori tambahan ini sesuai dan berfungsi dengan baik sekiranya semua port digunakan secara serentak.

Setakat ini saya menggunakan banyak aksesori seperti ini. Namun untuk mencari aksesori yang memenuhi keperluan saya sangat sukar.

Lagi artikel di ifon.my  Anggaran Harga Maksimum iPhone Terpakai Setakat September 2019

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah membaca beberapa ulasan dari editor luar termasuklah 9to5mac dan menemui satu ulasan berkaitan aksesori yang saya cari iaitu CalDigit TS3 Plus, with 0.7m TBT cable dan CalDigit Thunderbolt 3 Mini Dock.

Saya telah berhubung dengan pihak CalDigit bagi mendapatkan makluman lanjut dan pihak mereka bersetuju untuk memberikan dua model ini untuk saya uji dan kongsi kepada anda.

4-CD3694-B-CE9-A-42-A3-9-E27-317-D4-CB9768-D

Setelah sebulan saya menggunakan model ini, boleh dikatakan ia antara aksesori yang memenuhi keperluan yang saya inginkan.

Saya akan kongsi pengalaman saya menggunakan kedua-dua produk ini dalam penulisan berikutnya.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone XS Max dan iPhone XR 64GB Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00 Dan RM3,199.00 Sahaja

Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?