Selepas berbulan-bulan berlangsung dengan penyertaan dari seluruh negara, Mountain Dew Dew Challenge Musim Kedua akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh bergaya apabila GEEKAY muncul sebagai juara selepas menewaskan RENN 3-0 pada perlawanan akhir terbaik daripada lima.
.jpg)
Kejayaan itu melengkapkan salah satu kejohanan esukan terbesar di Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM750,000.
Lebih menarik, kemenangan tersebut bukan sekadar membawa pulang wang tunai RM50,000, malah turut disertakan ganjaran eksklusif dalam permainan Honor of Kings, baucar Razer Gold serta gelaran rasmi juara Dew Challenge Musim Kedua.
.jpg)
Sementara itu, RENN meraih tempat kedua dengan hadiah RM25,000, manakala AURORA melengkapkan kedudukan tiga terbaik. Pemain GEEKAY, GK Musang King, pula dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (FMVP) hasil aksi cemerlang sepanjang perlawanan akhir.
Apa yang lebih membanggakan, kejohanan kali ini berjaya menghimpunkan lebih 43,000 pendaftaran dari seluruh negara, termasuk buat julung kalinya pusingan kelayakan di Kuantan dan Sabah.
.jpg)
Ini membuktikan bahawa landskap esukan Malaysia terus berkembang pesat dan tidak lagi tertumpu di Lembah Klang semata-mata.
Mountain Dew turut menjadikan acara kemuncak di Sunway Pyramid lebih meriah dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti mesin layan diri ganjaran eksklusif, program kitar semula berhadiah serta cabaran Test of Speed, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada pengunjung dan peminat esukan.
Melihat sambutan yang diterima, Dew Challenge kini bukan sekadar sebuah kejohanan permainan video, sebaliknya sudah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta mengukuhkan komuniti esukan di Malaysia.
Jika momentum ini diteruskan, tidak mustahil edisi seterusnya akan tampil dengan skala yang lebih besar dan lebih kompetitif.

